Tuesday, 22 July 2014

Kuih Kepek Idung

Cerr teka ni kuih apa? Haha... Nak dijadikan cerita, semalam buat kuih ni untuk buka puasa. Konon-konon macam orang dah terer, x tengok resepi pun. Guna je bahan yang untuk buat onde-onde... 


Bila dah siap semua, baru tanya mama ni nama apa. Rupanya tersalah bentuk. Ingatkan kuih butir nangka, thats why buat lonjong. Sebenarnya kuih ni nama dia kuih kepek idung. Dan bentuknya leper dan kene penyek skit katvtengah dia! Huhu...

Anyway, husband kata jadi je rasanya... Hihi...

Thursday, 10 July 2014

Pengat Pisang

Throwback. Masak pengat pisang. Tekak ni nak yang manis2 pulak kan.. 


Resepi sendiri:
Untuk 2 org makan

Bahan:
• 2 biji pisang
• santan 1/2 tin
• air
• daun pandan 1 helai
• gula pasir 4 sudu

Cara:
• panaskan santan
• masukkan pisang, daun pandan, gula dan air
• tunggu hingga mendidih

Selamat mencuba!
Makan ngan roti pun sedap ni...

Kuih Onde-onde

Huwaa rindu pasar ramadhan ni... Husband pulak duk mintak suruh buat onde-onde. Katanya inilah kuah favorit dia dikala bulan puasa ni... So godek2 storage jumpa la tepung beras pulut. Fushh, mujur jgk siap2 beli waktu first datang haritu.


Nah husband siap mesej bagi resepi lagi ni ha... Dia amik kat My Resepi.

Recipe here: http://www.myresipi.com/top/detail/19114

Thanx Aida Zakaria!

Modification:
• x guna pewarna hijau
• daun pandan 2 helai saja
• guna desiccated cocconut yang dry

Alhamdulillah.. Menjadi la jugak buat hilang kempunan kan. Dapat dalam 30biji++ jugak. 

Monday, 7 July 2014

Ayam Percik Goreng

Haa ni menu buka puasa semalam. Goreng ayam je. Then blur x tau nak mkn ngan kuah ape. Nasib baik la dah buat percik siap2 then simpan dalam freezer.

So, i'm save! Yeay... Jadila ayam percik...
Sedap... Sehingga menjilat jari suamiku...


Ni dia resepi kuah perciknya:
Thanks Diela Ishak! And MyResipi!

Modification yang saya buat ialah:
• saya buat kuah percik je
• ayam saya goreng biasa dengan sedikit garam, cepat masak!

Itulah dia... Bukan resepi saya, saya review saja... Tapi memang menjadi tau! Serius... Nyam2...

Hati ayam goreng ala Sunda

Hati ayam kaya dengan zat besi. Dan tidak lupa, high cholesterol level! Boleh makan, tapi jangan makan banyak... Cececeh, nak sedapkan hati.

Ni la nama dia, makan hati berulam jantung. Pepatah melayu yang bermaksud, memendam perasaan akibat sesuatu yang menyedihkan diri sendiri.

Haaaa! Kali ni nak share resepi hati ayam goreng, yang dimasak ala Sunda. Maklumla, tekak ni rindu pula masakan sunda kan... 


Hati ayam goreng ala Sunda

Thanks itafera!

Cuma, saya modified sikit, sebab x cukup bahan. Maklumla hidup di perantauan.

Beberapa modifikasi:
• guna hati ayam sahaja
• tak guna bawang merah
• tak guna kemiri (buah keras)
• tak guna ajimomoto
• saya tambahkan bawang besar, halia, kicap, black pepper sikit, daun bawang, garam dan gula, sedikit air...

Alhamdulillah, Walaupun dimasak x garing, memang x hanyir. Sedap! Cobalah... Saya pun first time ni...

Friday, 24 January 2014

Resepi Brownies Microwave

Bahan-Bahan:
- 1 biji mangkuk (tahan microwave)
- 1 biji telur
- 5 sudu besar gula halus
- 3 sudu besar nutella
- 4 sudu besar tepung gandum
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 3 sudu besar air kotak perisa coklat
- 4 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar coklat rice

Cara Memasak:
1- kacau telur dan gula halus dalam mangkuk yang nak masuk microwave tu
2- tambahkan nutella, dan kacau
3- campur minyak masak, dan kacau
4- tambah tepung dan soda, selang seli dengan air kotak tadi
5- bila dah sebati, bersihkan sekeliling mangkuk
6- taburkan coklat rice secara rata
7- panaskan dalam mikrowave selama 3 minit.
8- bunyi microwave T.I.N.G...! ready to eat...!

Resepi Singgang Daging dan Kacang Meow

Bahan-Bahan:
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 4 keping asam gelugor
- 6 hiris lengkuas
- 300 gram daging lembu 
- 1 peket kacang meow (bendi) - potong menyerong
- sedikit gula dan garam
- 5 cawan air

Cara Memasak:
1- masukkan air, bawang, asam, lengkuas,  daging
2- tunggu mendidih, tambah gula dan garam
2- tambahkan kacang meow dan biarkan selama 5 min
3- cuba rasa? dah boleh makan!!