Monday, 7 July 2014

Hati ayam goreng ala Sunda

Hati ayam kaya dengan zat besi. Dan tidak lupa, high cholesterol level! Boleh makan, tapi jangan makan banyak... Cececeh, nak sedapkan hati.

Ni la nama dia, makan hati berulam jantung. Pepatah melayu yang bermaksud, memendam perasaan akibat sesuatu yang menyedihkan diri sendiri.

Haaaa! Kali ni nak share resepi hati ayam goreng, yang dimasak ala Sunda. Maklumla, tekak ni rindu pula masakan sunda kan... 


Hati ayam goreng ala Sunda

Thanks itafera!

Cuma, saya modified sikit, sebab x cukup bahan. Maklumla hidup di perantauan.

Beberapa modifikasi:
• guna hati ayam sahaja
• tak guna bawang merah
• tak guna kemiri (buah keras)
• tak guna ajimomoto
• saya tambahkan bawang besar, halia, kicap, black pepper sikit, daun bawang, garam dan gula, sedikit air...

Alhamdulillah, Walaupun dimasak x garing, memang x hanyir. Sedap! Cobalah... Saya pun first time ni...

No comments:

Post a Comment